Thursday, September 22, 2011

resah


sebenarnya saya sudah penat .
Berada dalam satu daerah dimana kesunyian menghimpit saya .
sesak dan sebak .
lalu saya mula mengapai mana-mana tangan .
yang boleh keluarkan saya dalam daerah itu .
mulanya diri ini saya bekukan untuk menyambut mana-mana huluran .
tapi bilamana saya terlalu takut akan kesunyian .
saya mula paut satu tangan .
yang mulanya bukan pilihan untuk bersandar , untuk berpegang .
tapi kerana kata-kata jaminan .
yang dia boleh tarik saya dalam daerah sunyi ini .
saya cuba untuk pegang erat-erat tangan itu .
saya cuba pejam mata ,
pujuk hati sendiri . 
..dan saya bawa tangan itu kedada .
tempat dimana hati saya berdetik .
tapi hati saya masih berdegup biasa,
bukan seperti mana tangan yang terdahulu saya pegang ,
sebelum diri ini terlontar di daerah yang paling sunyi .

Dia , 
yang sudah bawa saya keluar dari daerah sunyi ini .
menemani saya sentiasa ,
pada awalnya saya tidak mengendahkan rasa yang ada pada hati .
biarkan sahaja si hati itu ,
jangan dimanja-manja lagi .
namun makin lama .
makin saya sedar . rasa bahagia ini ,
deritanya lebih dari rasa sunyi yang sering menemani saya dulu .

kerana saya takutkan kesunyian , 
saya racuni jiwa sendiri ,

sebelum makin gelisah keresahan,
saya lepaskan tangan yang saya gapai ,
dan saya kembali pada daerah sunyi semula ,
yang saya kira dulunya hampir mematikan jiwa .

 

aku akan selalu berada disini *link

Wednesday, September 14, 2011

mereka sandaran saya :)


 ini cerita basi semasa saya dan nobita masih bersama
___________________

sekali lagi nyawa-nyawa saya temankan saya ke airport untuk nobita walaupun nobita dah lambat mereka tetap setia menunggu bersama saya.

nyawa-nyawa saya ini serta saya-saya sekali kalau tidak kenal nampak sangat sombong . tak pernah senyum , tapi sebenarnya kiteorang baik. tak kenal maka tak cinta. sudah kenal tergila-gila. ini cerita masing-masing semasa masih belum rapat lagi , bahkan saya pernah  bermasam muka dengan salah seorang nyawa-nyawa saya sebelum kami rapat begini gara-gara mukanya yang bajet , nampak sombong .

Bila kami menjadi rapat kerana sebab-sebab tertentu rupanya dia yang cakap saya nampak sombong dan bajet bagus, kerana itu dia bermasam muka dengan saya, tapi bagi saya dia yang bajet sombong, kerana itu saya buat muka tak puas hati denganya !=P

kami akan gelak bila bercerita tentang dulu-dulu.

Dan saya tak pernah  rasa terkurang walaupun tiada nobita disisi , mereka sebahagian dari kekuatan saya selain dari keluarga dan rakan-rakan sekolah lama.Saya tak pernah risau dengan apa-apa bila bersama mereka, kami akan saling melengkapi ,saling membantu , saya sayang nyawa-nyawa saya ini dan saya harapkan mereka pun begitu.

saya tak pandai nak tunjukkan kasih sayang saya , bahkan kadang-kadang saya sering sakitkan hati mereka. tapi setia mereka menjadi bahu untuk saya bersandar tak pernah saya lupakan .

 terima kasih kawan untuk persahabatan ini :)

*ber saya-saya pulak *

Tuesday, August 16, 2011

RAHSIA HATI


irma hasmie.Cantik.aku makin suka dia sejak bertudung.Dulu tak nampak sangat keayuan dia.tapi sekarang.aku perempuan pun rasa sejuk je hati tengok dia.

Kadang-kadang terfikir juga aku.Sampai bila aku begini,Bertudung itu ya.Tapi untuk sampai ke tahap betul-betul tertutup itu tidak lagi.Masih banyak yang perlu diperbaiki.Begitu juga  kisah aku dengan tuhan.Aku cuba untuk perbaikinya.Setiap hari aku terfikirkan.Jaga hati,Jaga diri.Bukan senang.Bukan mudah.Aku lihat kawan-kawan yang lain.Komunikasi mereka dengan tuhan terlalu baik,Kadang-kadang aku malu pada DIA.DIA sudah bagi aku macam-macam kebaikan.Aku saja yang masih begini.tidak bergerak,tidak beranjak.

Mahu menjadi yang terbaik bagaimana ya langkahnya?tidak terbaik juga maksud aku.nak menjadi yang baik sikt pun jadilah.

Rahsia rohani yang baik datangnya dari adunan sendiri. Hanya kita yang mampu mengubah segalanya.Tapi aku tahu, terkadang suara-suara hitam lahir dalam diri menghembus lembut di telinga kadang-kadang membuat aku terngadah sendiri.ALLAH,aku perlukan redhamu.Peliharalah aku, jauhkan aku dari bisikan-bisikan kelam.Aku tidak mahu lagi berada dalam jiwa kosong.

Alangkah baiknya jika menjadi 'berlian' yang dijaga dan disenangi dan tidak menjadi 'batu palsu' yang kilauanya tidak asli tetapi lagaknya melangit tinggi.

Monday, August 15, 2011

update Ning.

(update:picture sebelum has been removed.)
ning makin manja.sudah pandai peluk orang sini sana :)

Sunday, August 14, 2011

kucing terbiar

apalah nasib kamu sekarang ya..Kucing hitam rumah sewa lama .Agak-agak dah besar tak kamu?ataupun dah mati macam kakak kamu ? Moga kamu baik-baik saja anak kucing comey !:)

Saturday, August 13, 2011

Childhood is d most beautiful life's seasons

seorang kawan pernah berkata yang masa kecil ialah masa yang paling indah.Betul.Aku selalu sahaja bercerita bersama dengan kawan-kawan pengalaman indah masa kecil-kecil dahulu.Dulu sangat pahit rasanya tapi bila di'flashback' kembali serasa manis pula pengalaman itu.Bagaimana rasanya dipukul arwah abah bila mahu ponteng tadika.Dipukul arwah abah bila bergaduh sesama adik beradik.Dipukul abah bila tidak mahu puasa.Dipukul abah bila selalu mahu menjadi 'handbag' emak.Dan yang tidak boleh dilupakan bila dipukul abah bila aku melawan abang-abang.Menjadi anak bongsu ketika itu bukanlah satu tiket untuk bermanja-manja.Abah yang garang dan tidak pernah memanjakan aku.Abah yang mahu aku mengikut segala kehendaknya.Ah,cukuplah aku menggunakan 'arwah' perit untuk aku habiskan post ini.

Untuk memeluk abah,mencium tangan abah,aku tidak lakukan ketika kecil-kecil dahulu.Tapi terkadang abah pernah  juga bergurau dan bercanda dengan aku.itupun seingat aku sebelum aku berada ditadika.Tapi sayangnya kenangan itu terlalu kelam untuk aku ingati.Kanak -kanak sekecil itu,masakan dapat mengingati setiap kenangan yang pernah dilakar.

Sehinggalah aku menginjak ke usia remaja.Aku mula boleh berbual dengan abah.Lebih-lebih lagi aku sudah kebal dengan tingkah laku abah.Aku tidak pernah salahkan abah,malah aku lebih kebal sebenarnya.Aku pernah terluka.tapi mungkin kerana sejak kecil aku di ajar dengan kekerasan,Air mata sudah kering.Hati sudah beku.Pernah seorang kawan bertanya padaku,aku pernah ditipu dan dikecewa,tapi mengapa aku 'cool' saja.Aku rasa dari kecil lagi aku tidak diajar bermanja.Aku diajar susah.Aku rasa kerana aku diadun begitu.Sakitnya sama sahaja sebenarnya.Cuma mungkin aku kurang melayan perasaan.Tipulah kalau aku tidak menangis,aku tidak kecewa.Sakit,kalau tidak melayan pasti akan sembuh juga.

Aku bersyukur sempat menjaga abah tika sakitnya,walaupun aku selalu mencebik geram ketika itu.Perasaan aku yang selalu dimarahi kadang-kadang membuatkan aku memberontak pada abah yang sudah tidak berdaya.Tapi abah hanya diam,Tiada lagi wajah garang abah ketika muda,hanya diganti wajah sayu yang selalu menyentuh perasaanku.Maafkan zuka abah.Hanya yang aku dapat lakukan mengirimkan doa untuk abah.Hampir dua tahun abah pergi,aku selalu rindukan abah.sayangkan abah.Abah walaupun tegas,kasih sayangnya tetap sama,cuma cara yang ditunjukkan itu berlainan.Abah akan memujukku selepas dipukul.Itu tidak pula aku mengingati.Aku hanya ingat tentang pukulan abah,padahal kalau dikira,pujukan abah aku buang jauh-jauh.Berdosanya aku Ya ALLAH.


Hey!sudahlah.Ini pun kenangan masa kecil bukan.bermain bunga api.Duh.!mengimbau kenangan ni :)


Friday, August 12, 2011

NING,si kucing ajaib.

Hari ini berbuka berseorangan memandangkan rasa pening-pening kepala.malas mahu berbuka di luar bersama kawan-kawan yang lain.si Ning yang comel dan manja terlebih ini yang menemani aku.Sebetulnya aku tidak berapa sukakan kucing.Tapi bila melihat si Ning yang comel dan manja dan tak serik kena sekeh-sekeh manja buat aku boleh berbual-bual denganya.Ning ini kucing jiran sebelah rumah,tapi lagaknya macam kami yang menjaganya.Ning gemar datang bermain di rumah sewa ini.Cuma Ning ini suka sangat parking dirinya atas keyboard laptop.haish.janganla meow.aku tak ada duit mahu beli baru laptop tahu.

comel kan ning si kucing ajaib.ajaib sebab dia macam faham ape yang aku cakap.dan ajaib bila dia hilang aku boleh rindukan dia.aku yang tak sukakan kucing boleh rindukan meow ini.ajaib la kau sayang !<3

Monday, August 8, 2011

perutusan raja sehari

Belakangan ini masa semakin tidak mencukupi.Banyak perkara perlu dibuat memandangkan selepas raya exam final akan bermula.Dalam masa kurang sebulan ini semua mahu di setelkan.duh!esok pagi-pagi lagi disambut dengan test electronic publishing,malamnya pula test programming.Esok juga lecturer mahukan draft terakhir untuk design kad khawin.Entah yang mana mahu dicapai dulu.Pegang buku programming rasa mahu hafal EP,Hendak siapkan draft kad khawin coding untuk VB belum siap lagi.Akhirnya buka lapangan ini meluah rasa hati.>,<


Dan tahniah untuk shizuka yang belum lagi berkhawin tapi sudah ada kad khawin sendiri.Seronok juga ya design sendiri.Rasanya kalau betul-betul mahu khawin nanti mahu design sendiri.Yang paling kelakar bila kad khawin itu lecturer wajibkan ada gambar bersama.Tidak kira kekasih betul ataupun kekasih gelap

Fikir-fikir siapa yang boleh menjadi pasangan sementara shizuka..Faizal Tahir?Fahrin Ahmad?atau.....

hey kamu ! menyepi ye :D

Kau perlu tahu,
Aku boleh terasa hati dengan kau.
Aku boleh marah pada kau.

Tapi,

Kau juga perlu tahu.
Sayang aku pada kau,
Melebihi terasa hati aku pada kau.
Melebihi marah aku pada kau.


Saturday, August 6, 2011

please

Kebenaran kadang-kdang terlalu pahit untuk diterima.tapi hakikatnya.sungguh aku rela.sepahit mana pun.selagi ia adelah hakikat.Hakikat yang tak akan berubah walaupun penipuan itu terlalu sempurna untuk aku tebak.

menipu dan melindunginya dengan penipuan yang lain. Aku sudah sangat tertekan dengan situasi sebegini . Tolonglah.aku tidak perlukan penipuan. Benar,bukan semua penipuan itu salah walaupun hakikatnya ianya tetap satu dosa, dan tidak semua kebenaran itu melegakan.tapi aku sangat rela disakiti dari ditipu berkali-kali.

Sunday, July 24, 2011

Saturday, July 23, 2011

soalan yang sudah ada jawapan

Someone asked me, the other day, that if I could change three things about my life, what would I change?










sampai sekarang soalan ini bertunang.......

Friday, July 22, 2011

kesian kau. MAAF

beberapa hari yang lalu ,kawan aku mahu merasa wafel sebelah pasaraya.kerana parking tiada aku menawarkan diri membeli untuknya sementara dia mencari parking.

sampai disana aku dihidang dengan muka paling kelat ,
entah.
terlalu percaya diri atau sombong bila tiada sedikit pun senyuman untuk aku. senyuman ikhlas aku kau pandang hendak tak hendak , mahu tak mahu . dalam hati macam ada satu rasa . kalau boleh mahu saje jeling dia sampai juling mata . tapi rasanya seperti sia-sia . kalau buat hal sebegitu . kita dan dia tiada bezanya . aku lepas keluh se perlahan mungkin . sudahla buat muka kelat , buat wafel lambat.

mungkin kau penat , mungkin juga masalah kau bersusun . ya mungkin !

cepat-cepat kau hulurkan wafel pada aku. selaju itu juga aku hulurkan not lima ringgit itu, kalau boleh mahu cepat- cepat pergi dari situ. tapi entah kenapa. kerana sikap cemerkap aku,tangan ini telah terlanggar dengan bekas acuan wafel sehinggakan habis lencun baju kau dengan adunan wafel. MAAF !

tapi dalam hati.senyum sesinis mungkin.





Monday, May 9, 2011

craps.

rancangnya mahu update blog setiap hari.paling tidak pun sehari satu entri.rancangnya begitulah.tapi.MALAS :D

sukar rupanya mahu jadi pemblog tegar.lebih rela jadi pembaca blog tegar.:)

Tuesday, May 3, 2011

baby sayang.

semalam.baru saja rindu pada arwah adam.sampai terbawa-bawa dalam tidur..entah..kalau boleh aku mahu cakap.'saya pun sayang awak adam'.:')

semalam.rasa tak sabar menunggu kedatangan orang 'baru'.along,sepupu belah bonda dah sampai due date.aku apetah lagi.gembira bukan kepalang.lagaknya macam diri sendiri yang mahu beranak.;p.lagipun sekarang cuti semester.boleh lambung-lambung baby sambil geletek-geletek dia.tak pun ajar baby main pok amai-amai.budak tecik baru lahir.agak-agak sudah boleh tak ajarkan ABC?kalau boleh akak zuka mahu baby cepat-cepat pandai.

tapi.tengah hari semalam.mak uda datang.katanya baby meninggal dalam kandungan..masa tu aku rasa mak uda mau bergurau tak beragak.janganlah gitu mak udaa.along,abang long bagaimana?tu baby sulung mereka.:(

tadi.mak along,mak de cakap along tak henti-henti menangis,masa tengah meneran pun dalam tangis,lepas baby yang dah tak bernyawa selamat keluar,doktor letakkan arwah baby atas perut along.mak de cakap masa tu along tak dapat tahan sebak.alongggg....along kena kuat.ALLAH lebih sayangkan baby.

tadi.aku lihat baby.comel.baby tuh montel.comel sangat.hidungnya macam mak de.matanya.alisnya.baby.kakak zuka sayang kamu.nanti jumpa ibu kamu di syurga.:')


Monday, May 2, 2011

adam.

hari ini,entah mengapa setiap kata-kata arwah adam pada shizuka bagai diulang-ulang.bagai terdengar-dengar..kata-kata itu tidak lepas dari fikiran sekiranya rindu ini datang..hampir empat tahun dia meninggal.tapi entah kenapa serasa baru sahaja dia pergi.



adam.aku rindukan kamu :')

Monday, March 14, 2011

:)

kelmarin yang indah.kelmarin yang tenang.duhai malam.pulangkan hari semalam pada shizuka.pleasee!:D
_____________________

maaf kalian.lama tidak menulis.itu pun kalau ada yang menunggu hasilan repekan shizuka.kalau tidak ada.rasanya sunyi ini paling sia-sia jika tiada yang rindu.datang bila ada sang matahari yang menyeru shizuka.menyeru semangat shizuka.si matahari yang datang bila hujan membasah.bawa warna pelangi mungkin.atau bawa sedikit kehangatan.

usai beriadah petang tadi.aku didatangi seorang gadis.tinggi lampai.senyum manis.datangkebilik pasti ingin menyakat orang.diajak makan bersama tidak mahu.diet katanya.aku sempat mengerling pada inci tubuh si gadis.cantik!tiada cela di mana-mana.lemak mana yang mahu dikurangkan lagi.jadi dengan senang aku bertanya.kenapa perlu sakit-sakitkan badan,tahan makan,padahal badan kamu sudah cantik.gebu.sedap dipeluk.

katanya seperti selalu.penat dengan kejian orang.penat dengan kutukan orang..jadi aku fikir.berdiet itu untuk tutup mulut-mulut longkang.yang buta hatinya?mulut manusia.


sayang!sayangnyaaa kamu tak dapat makan macam dulu.sayanggnyaaa kamu tak dapat mengidam umai udang macam aku;p

Thursday, February 24, 2011

Its like been put on mute. people can see, but they just cannot hear.

semua nampak saya.semua nampak saya.tapi sisi dalam saya.bagaimana?



I don't know what I'm doing anymore. I don't know what I wanna see. My world use to be worth living for, and now it's hard enough just to be me.

Saturday, February 19, 2011

kembali tersenyum

rasanya.tidak sesiapa yang mahu melalui lorong yang kelam seorang diri.tiada siapa yang sanggup hilang ditengah orang ramai.semua mahu kehadiranya dirasai dan dihargai.semuanya mahu ada yang tersenyum manis padanya.

kawan.jika aku sunyi dalam ramai.sendu dalam aman.kamu datang dan peluklah aku.ternyata aku akan lebih tenang selepas itu.


Saturday, February 12, 2011

logik?

hari ini perlu duduk di satu penjuru.duduk diam-diam.fikir dan fikir.pandang muka teman minta simpati.buat muka kelat.kawan pandang dan geleng kepala.cebik pada kawan.bukan nak buat muka kesian.orang betul lupa.bukan sengaja.

___________________________

salam.
lama tidak berceloteh bisu disini.menutur terjemahan hati.lupa.lupa pada password email.sehinggakan blog tidak dapat dibuka.dua hari berlalu dengan lambat.puas dikerah fikiran,habis segala password ditaip.sehinggalah yahoo mail di block.

bila terpaksa tanya soalan untuk reset password.sekali lagi terkandas.sungguh aku lupa.entah kenapa.rasa tidak percaya kenapa aku menjadi tidak logik beginiT__T.

bondaaaaaa.:(

shizuka!sudah janji bukan tidak mahu menjadi budak cengeng!


terima kasih buat teman meminjamkan fikiran untuk dikerah bersama.oh tidak lupa untuk header yang dibuat itu.biarpun dah lama kamu buatkan untuk aku dengan gaya kamu.walau shizuka itu sedikit terlepas laku dengan skirt yang tertarik dia atas .ah!nakal kamu tiada siapa dapat nafikan.;p

akhirnya.bila rasa sudah makin berputus asa.baru terfikirkan sesuatu.pelik juga kenapa sampai boleh lupa.


kali ini rasa nak tepuk dahi sendiri kuat-kuat.;p

Thursday, February 10, 2011

sebenarnya siapa shizuka?

sebenarnya hari ini sedikit terkejut apabila ada teman blog yang merasakan mereka mengenali shizuka.maaf kalian.gaya penulisan yang bagaimana rasa seperti familiar?tutur yang mana.shizuka jadi tertanya sendiri.sebetulnya benar,ini blog yang kedua.tapi shizuka khuatir sekiranya shizuka bukanlah orang yang kamu fikirkan.gusar 'aku' yang berselindung atas nama shizuka ini bukanlah 'aku' yang kalian harapkan.kiranya siapa dia yang disangka sebagai shizuka itu.adekah penulisan disini banyak persamaan dengan dia yang disangka itu?





Wednesday, February 9, 2011

pergi.

walau susah hidup shizuka.walau pahit mahu mencari kekuatan.saya tak mahu air mata saya jatuh didepan kalian.:)

Tuesday, February 8, 2011

di wakaf insaf.

kali ini senyum lagi bila dapat berbicara maya dengan nobita.kamu.cepat pulang ya!:)

__________________________________

assalamualaikum.

penat melihat nota-nota.aku kalihkan sedikit perhatian dalam menulis.sebetulnya.aku tidak mahu terlalu menulis rasa hati sebegini.namun hati yang penat harus diulang segar .masih ade ruang untuk aku berbicara bisu disini.walau tanpa pamitan..hadir juga membuang sepi-sepi yang ada.puas bila menatap tulisan rasa hati sendiri.walau pada dasarnya hanya secebis dari rasa yang berselirat di nubari.

kamu kenal dengan penjara manusia?hukuman dunia yang pertama,dulu pernah aku menghadiri bangkel menulis sajak dan puisi.entah kenapa.aku segar mendengar kata-kata manis disusun cantik.sedap didengar.peminat sastera mungkin.dan hanya aku seorang budak sains yang berada disitu.agak berbangga kerana meminati kata manis disulam manja.

ceritanya begini,di bangkel itu aku diberikan senaskah buku antologi puisi.menarik.kerana banduan yang mengarap karya itu.seringkali aku ulang baca sajak-sajak didalamnya.sajak mereka segar dengan nasihat.setiap kata dari mereka lebih berharga.kerana mereka pernah melakukan kesalahan.pernah merasai kesulitan.perasaanya lebih telus dan mudah diselam.mereka bukan manusia biasa yang hanya pandai menuding kesalahan kepada orang lain.sesalan mereka jadi panduan aku.aku kagum dengan mereka.

jasad dipenjara.tapi hati bebas bersuara.:)

tapi.naskah kesayangan aku itu kini hilang..namun tak perlu aku sesalkan dengan kecuaian diri sendiri;p

masih terngiang kata indah yang pernah aku baca dalam antologi puisi itu.

Di sini

bagaikan tong kitar semula

dan kita ini

antara himpunan yang tersimpan.

Dari kebusukan yang menyakiti hidung

dari kejelekan yang menyakiti mata

dari ketajaman yang berbisa

dari kekerasan yang berbahaya.

Dibuang, disingkir, diasing

agar kaca: suci tanpa debu

agar besi: mulia tanpa karat

agar sisa: tetap bermanfaat

agar mudarat: tidak merebak.


itu kata mereka yang pernah melakukan kesilapan.dan aku.sekadar mengambil panduan.

Monday, February 7, 2011

cinta bonda.

bila aku segar dari luka,aku lupakan tempat ini.bila aku kejung dengan duka.aku datang.aku rintih rasa disini.kejamnya aku.ah.tak perlu aku sampahkan semua di hati dan dijiwa.baik aku buang disini.biar nanti hilang duka.agar hati tidak dihuni dengan rase kesal.rase sakit.pedih.

aku tatap wajah bonda dalam-dalam.senyum huluran kasih yang bonda berikan aku sambut lambat-lambat.bibir ini tak mahu mengukir senyum buat bonda.cuma rasa kini hanya mahu dalam hangat pelukan bonda.,pijar mata menahan tangis.tapi esakan kecil keluar juga.senyum dalam tangis.:')

aku gagah mengukir senyum kali ini.tidak mahu dilambung rasa kecewa.bonda,doakan aku selamat disana.

aku bahagia dalam duka.pedih dalam ketawa.

Sunday, January 30, 2011

pengurus dunia

kau tahu.perasaan manusia ini sangat signifikan.hingga sukar untuk kita tebak apa yang ada dalam nubarinya.mungkin didasarnya senyuman bergula buat kita.namun dalam hati..tak siapa yang dapat menekanya.kalau tidak begitu.tak mungkin wujud perkataan hipokrit itu.

kau tahu.manusia itu punyai fikiran yang berbeda.punya pandangan sendiri.kadang-kadang manusia itu terlalu mengagungkan pandangan sendiri hingga pandangan dan hati orang lain disampahkan begitu sahaja.

kau tahu.manusia itu sifatnya itu tidak mahu orang terluka.ayatnya berbunga-bunga.sedangkan makna disebalik ayat yang disusun cantik itu,kalau difahami dan dihayati.kau akan faham sendiri.ya.sedapkan hati orang.tapi dibelakangya kau tikam dengan lidah yang menggila.

manusia itu kau tahu.pasti lihat titik hitam yang padu dalam sekeping kertas putih.menilai kertas putih itu dengan hanya terlihatkan setitis titik hitam.lupa pada ruang-ruang yang bersih.terlihat hanya pada benda yang hitam pekat itu.lupa pada sekeping kertas putih yang cantik belum dicemari sebelumya.



ya.aku tahu.kerana terkadang aku juga sebahagian dari manusia itu.

Saturday, January 29, 2011

frasa hidup

delete my pervious post. start a new one.?ya.semudah itu.semudah itu untuk aku buang segala rasa tanpa kesan.semudah itu untuk lupakan segala tulisan-tulisan yang pernah aku luahkan.senang.

dan.kalau hidup ini boleh dibuang yang mana aku mahu hilangkan,genggam yang mana aku mahu pegang.


aku mahu hidup baik-baik saja.

tapi.realiti hidup ini.telan saja yang mana pahit.pegang saja yang mana kurang.biar apa yang terjadi.tetap tak dapat lupakan.tetap tetap tak dapat singkirkan.

dan,perlu ke aku mem'buang' kehidupan kerana itu.?