Showing posts with label dorami teman shizuka. Show all posts
Showing posts with label dorami teman shizuka. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

them




cantik ke tidakk kite capture ;p

Akhir ini , hanya hidup biasa-biasa.  Tiada yang terlebih terkurang. Perasaan, aku sisihkan dia dari jiwa. Hanya menikmati masa-masa terakhir bersama teman teman. Sedar tak sedar semester 6 tinggal kurang sebulan lagi. Cuti sepenggal sebelum meneruskan degree kalau ade rezeki.phewww..

Nyawa-nyawa saya ini rasanya tidak mahu lagi berpisah dengan mereka. tiga tahun rasanya masih tidak cukup untuk .tak mau berpisah lagiiii :(

harap-harap nanti dapat degree sama sama nantii.hukhuk huk .

Monday, March 14, 2011

:)

kelmarin yang indah.kelmarin yang tenang.duhai malam.pulangkan hari semalam pada shizuka.pleasee!:D
_____________________

maaf kalian.lama tidak menulis.itu pun kalau ada yang menunggu hasilan repekan shizuka.kalau tidak ada.rasanya sunyi ini paling sia-sia jika tiada yang rindu.datang bila ada sang matahari yang menyeru shizuka.menyeru semangat shizuka.si matahari yang datang bila hujan membasah.bawa warna pelangi mungkin.atau bawa sedikit kehangatan.

usai beriadah petang tadi.aku didatangi seorang gadis.tinggi lampai.senyum manis.datangkebilik pasti ingin menyakat orang.diajak makan bersama tidak mahu.diet katanya.aku sempat mengerling pada inci tubuh si gadis.cantik!tiada cela di mana-mana.lemak mana yang mahu dikurangkan lagi.jadi dengan senang aku bertanya.kenapa perlu sakit-sakitkan badan,tahan makan,padahal badan kamu sudah cantik.gebu.sedap dipeluk.

katanya seperti selalu.penat dengan kejian orang.penat dengan kutukan orang..jadi aku fikir.berdiet itu untuk tutup mulut-mulut longkang.yang buta hatinya?mulut manusia.


sayang!sayangnyaaa kamu tak dapat makan macam dulu.sayanggnyaaa kamu tak dapat mengidam umai udang macam aku;p

Saturday, February 19, 2011

kembali tersenyum

rasanya.tidak sesiapa yang mahu melalui lorong yang kelam seorang diri.tiada siapa yang sanggup hilang ditengah orang ramai.semua mahu kehadiranya dirasai dan dihargai.semuanya mahu ada yang tersenyum manis padanya.

kawan.jika aku sunyi dalam ramai.sendu dalam aman.kamu datang dan peluklah aku.ternyata aku akan lebih tenang selepas itu.


Saturday, February 12, 2011

logik?

hari ini perlu duduk di satu penjuru.duduk diam-diam.fikir dan fikir.pandang muka teman minta simpati.buat muka kelat.kawan pandang dan geleng kepala.cebik pada kawan.bukan nak buat muka kesian.orang betul lupa.bukan sengaja.

___________________________

salam.
lama tidak berceloteh bisu disini.menutur terjemahan hati.lupa.lupa pada password email.sehinggakan blog tidak dapat dibuka.dua hari berlalu dengan lambat.puas dikerah fikiran,habis segala password ditaip.sehinggalah yahoo mail di block.

bila terpaksa tanya soalan untuk reset password.sekali lagi terkandas.sungguh aku lupa.entah kenapa.rasa tidak percaya kenapa aku menjadi tidak logik beginiT__T.

bondaaaaaa.:(

shizuka!sudah janji bukan tidak mahu menjadi budak cengeng!


terima kasih buat teman meminjamkan fikiran untuk dikerah bersama.oh tidak lupa untuk header yang dibuat itu.biarpun dah lama kamu buatkan untuk aku dengan gaya kamu.walau shizuka itu sedikit terlepas laku dengan skirt yang tertarik dia atas .ah!nakal kamu tiada siapa dapat nafikan.;p

akhirnya.bila rasa sudah makin berputus asa.baru terfikirkan sesuatu.pelik juga kenapa sampai boleh lupa.


kali ini rasa nak tepuk dahi sendiri kuat-kuat.;p