Saturday, August 13, 2011

Childhood is d most beautiful life's seasons

seorang kawan pernah berkata yang masa kecil ialah masa yang paling indah.Betul.Aku selalu sahaja bercerita bersama dengan kawan-kawan pengalaman indah masa kecil-kecil dahulu.Dulu sangat pahit rasanya tapi bila di'flashback' kembali serasa manis pula pengalaman itu.Bagaimana rasanya dipukul arwah abah bila mahu ponteng tadika.Dipukul arwah abah bila bergaduh sesama adik beradik.Dipukul abah bila tidak mahu puasa.Dipukul abah bila selalu mahu menjadi 'handbag' emak.Dan yang tidak boleh dilupakan bila dipukul abah bila aku melawan abang-abang.Menjadi anak bongsu ketika itu bukanlah satu tiket untuk bermanja-manja.Abah yang garang dan tidak pernah memanjakan aku.Abah yang mahu aku mengikut segala kehendaknya.Ah,cukuplah aku menggunakan 'arwah' perit untuk aku habiskan post ini.

Untuk memeluk abah,mencium tangan abah,aku tidak lakukan ketika kecil-kecil dahulu.Tapi terkadang abah pernah  juga bergurau dan bercanda dengan aku.itupun seingat aku sebelum aku berada ditadika.Tapi sayangnya kenangan itu terlalu kelam untuk aku ingati.Kanak -kanak sekecil itu,masakan dapat mengingati setiap kenangan yang pernah dilakar.

Sehinggalah aku menginjak ke usia remaja.Aku mula boleh berbual dengan abah.Lebih-lebih lagi aku sudah kebal dengan tingkah laku abah.Aku tidak pernah salahkan abah,malah aku lebih kebal sebenarnya.Aku pernah terluka.tapi mungkin kerana sejak kecil aku di ajar dengan kekerasan,Air mata sudah kering.Hati sudah beku.Pernah seorang kawan bertanya padaku,aku pernah ditipu dan dikecewa,tapi mengapa aku 'cool' saja.Aku rasa dari kecil lagi aku tidak diajar bermanja.Aku diajar susah.Aku rasa kerana aku diadun begitu.Sakitnya sama sahaja sebenarnya.Cuma mungkin aku kurang melayan perasaan.Tipulah kalau aku tidak menangis,aku tidak kecewa.Sakit,kalau tidak melayan pasti akan sembuh juga.

Aku bersyukur sempat menjaga abah tika sakitnya,walaupun aku selalu mencebik geram ketika itu.Perasaan aku yang selalu dimarahi kadang-kadang membuatkan aku memberontak pada abah yang sudah tidak berdaya.Tapi abah hanya diam,Tiada lagi wajah garang abah ketika muda,hanya diganti wajah sayu yang selalu menyentuh perasaanku.Maafkan zuka abah.Hanya yang aku dapat lakukan mengirimkan doa untuk abah.Hampir dua tahun abah pergi,aku selalu rindukan abah.sayangkan abah.Abah walaupun tegas,kasih sayangnya tetap sama,cuma cara yang ditunjukkan itu berlainan.Abah akan memujukku selepas dipukul.Itu tidak pula aku mengingati.Aku hanya ingat tentang pukulan abah,padahal kalau dikira,pujukan abah aku buang jauh-jauh.Berdosanya aku Ya ALLAH.


Hey!sudahlah.Ini pun kenangan masa kecil bukan.bermain bunga api.Duh.!mengimbau kenangan ni :)


10 comments:

RastaMat said...

teruskan doa itu..

shizuka said...

@RastaMat
a must!:)

Anonymous said...

pergh, garang...! baru tadika dah ponteng. aku darjah 7 baru belajar panjat pagar sekolah.

James Alexander said...

walaupun pahit, kamu bertuah kerna kamu ada kenangan bersama abah kamu berbanding mereka yg tidak pernah mengenal langsung siapa abah mereka.


jgn pernah kesal dgn kenangan ini. Doa saja supaya beliau dalam keadaan yg tenang senantiasa...

Bidadari Syurga said...

baguslah adik sempat menatap abah semasa hayatnya... rezeki anak2 ada bahagiannya ok....

p/s: yang dapat merasai 'kasih sayang' tu akan diingat sampai adik berumah tangga dan punya anak sendiri... value tu tak dpt ditukar...

shizuka said...

@SynicalMind
hey! ada ke darjah tujuh ,setahu aku tujuh tahun la.ha ha

shizuka said...

@James Alexander
bagaimana harus aku kesali sedangkan dia anugerah paling terindah walaupun aku tersedar agak lewat kasih sayangnya.

shizuka said...

@Bidadari Syurga
yup.thnks sis.sangat2 hargai komen sis ini.

Unknown said...

terasa dekat ng entri ni
smoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

monologtinism said...

ya.semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman

barangkali ada senyuman dan tangisan disebalik kerinduan

senyum selalu =)