Thursday, September 22, 2011

resah


sebenarnya saya sudah penat .
Berada dalam satu daerah dimana kesunyian menghimpit saya .
sesak dan sebak .
lalu saya mula mengapai mana-mana tangan .
yang boleh keluarkan saya dalam daerah itu .
mulanya diri ini saya bekukan untuk menyambut mana-mana huluran .
tapi bilamana saya terlalu takut akan kesunyian .
saya mula paut satu tangan .
yang mulanya bukan pilihan untuk bersandar , untuk berpegang .
tapi kerana kata-kata jaminan .
yang dia boleh tarik saya dalam daerah sunyi ini .
saya cuba untuk pegang erat-erat tangan itu .
saya cuba pejam mata ,
pujuk hati sendiri . 
..dan saya bawa tangan itu kedada .
tempat dimana hati saya berdetik .
tapi hati saya masih berdegup biasa,
bukan seperti mana tangan yang terdahulu saya pegang ,
sebelum diri ini terlontar di daerah yang paling sunyi .

Dia , 
yang sudah bawa saya keluar dari daerah sunyi ini .
menemani saya sentiasa ,
pada awalnya saya tidak mengendahkan rasa yang ada pada hati .
biarkan sahaja si hati itu ,
jangan dimanja-manja lagi .
namun makin lama .
makin saya sedar . rasa bahagia ini ,
deritanya lebih dari rasa sunyi yang sering menemani saya dulu .

kerana saya takutkan kesunyian , 
saya racuni jiwa sendiri ,

sebelum makin gelisah keresahan,
saya lepaskan tangan yang saya gapai ,
dan saya kembali pada daerah sunyi semula ,
yang saya kira dulunya hampir mematikan jiwa .

 

aku akan selalu berada disini *link

11 comments:

HEROICzero said...

dan jangan berhenti berharap , kamu .

=)

HEROICzero said...

untuk link , aku suka #17 .

shizuka said...

@HEROICzero
=) hey adil . insyaALLAH xkan putus harapan .

monologtinism said...

satu hari pasti akan ada tangan yang digapai.

senyum la. =)
sebab sesuatu tak akan datang sebelum datang waktunya
dan sebab Dia bekerja dalam rahsia
segala yang jadi ada hikmahnya. =)


zuka~sy dah lulus lesen~hehe

nuradisya said...

resah tentang manusia takkan ada pengakhirannya.

mari sini saya ajarkan awk rahsia hati. iaitu bercakap dengan Illahi.
sgalanya rasa mudah nanti
=)

~Kenanga Suchi~ said...

sis.. please come back..
miss u...
i know sometimes u missing~

Pembunuh Tanpa Bayang said...

hilang dan hilang...

Anonymous said...

kamu di sana dan sini. lama hilang.

rindu. tahu?

monologtinism said...

betullah.rindu juga ;)

RastaMat said...

mana kau shizuka??
ikot doremon masuk mesin cahaya masa ke?

AkuMuzikFilem said...

jangan menghukum semua atas kesalahan seorang yang lain